Search

YAM Che’ Puan Khaleeda selaku Yang Dipertua Persat...

  • Share this:

YAM Che’ Puan Khaleeda selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Johor turut serta dalam Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Peringatan Sedunia Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor yang telah diadakan secara atas talian pada hari ini, 25 Februari 2021.

Dalam titah ucapannya, YAM Che’ Puan Khaleeda berkenan mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada calon-calon peperiksaan SPM dan STPM. Yang Amat Mulia juga mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab besar setiap warganegara berkaitan penglibatan masing-masing dalam aktiviti masyarakat setempat.

YAM Che’ Puan Khaleeda turut menyeru agar semangat perpaduan dapat dipupuk di dalam setiap lapisan masyarakat bermula dari bangku sekolah lagi agar melalui penghayatan perpaduan tersebut dapat melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia. Allah Berkati Johor.

———

HH Che' Puan Khaleeda as the Yang Dipertua of the Johor Girl Guides Association Malaysia (GGAM) took part in the closing ceremony of the Johor GGAM World Thinking Day held online today, 25 February 2021.

In Her Highness' speech, HH Che' Puan Khaleeda wished those taking SPM and STPM examinations all the best. Her Highness also reminded about the immensive role and responsibility of every citizen in being part of local communal activities.

HH Che' Puan Khaleeda also urged for the spirit of unity to be fostered across every layer of society starting from the schools in order to nurture future generations to be more responsible and have high morals. Allah Berkati Johor.


Tags:

About author
not provided